Kita perlulah berlaku ihsan terhadap binatang.Seperti hadis Nabi iaitu:
عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته
(رواه مسلم)
Maksudnya: Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.
1.Ihsan terhadap binatang bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelih binatang.2.Antara kepentingan ihsan terhadap binatang;
(i) Mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.
(ii) Melahirkan masyarakat yang penyayang.
(iii) Memelihara habitat binatang daripada kemusnahan.
3.Perlakuan ihsan ketika menyembelih dan membunuh;
(i) Menyembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan melakukan sembelihan dengan cepat.
(ii) Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting.
(iii) Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar.
(iv) Tidak menyeksa sebelum membunuh.
4.Antara bentuk penganiayaan terhadap binatang;
(i) Memelihara binatang dalam sangkar.
(ii) Menyabung atau melaga binatang.
(iii) Merendam dalam air sehingga lemas
(iv) Memusnahkan habitat binatang.
(
5. Binatang-binatang yang harus dibunuh;
(i) Binatang buas dan ganas.
(ii) Binatang yang merbahaya dan beracun.
(iii) Burung yang menyambar mangsa dengan kuku.
(iv) Binatang perosak, kotor dan memudaratkan.