Sabtu, 7 Julai 2012

IHSAN TERHADAP BINATANG

Kita perlulah berlaku ihsan terhadap binatang.Seperti hadis Nabi iaitu:

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته 

(رواه مسلم) 

 Maksudnya: Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.

1.Ihsan terhadap binatang bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelih binatang.

2.Antara kepentingan ihsan terhadap binatang;
 (i) Mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.
 (ii) Melahirkan masyarakat yang penyayang.
(iii) Memelihara habitat binatang daripada kemusnahan.

3.Perlakuan ihsan ketika menyembelih dan membunuh;
(i) Menyembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan melakukan sembelihan dengan cepat.
(ii) Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting.
(iii) Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar.
(iv) Tidak menyeksa sebelum membunuh.

 4.Antara bentuk penganiayaan terhadap binatang;
(i) Memelihara binatang dalam sangkar.
(ii) Menyabung atau melaga binatang.
(iii) Merendam dalam air sehingga lemas
 (iv) Memusnahkan habitat binatang.
(v) Memukul atau menyeksa binatang.

5. Binatang-binatang yang harus dibunuh;
 (i) Binatang buas dan ganas.
(ii) Binatang yang merbahaya dan beracun.
(iii) Burung yang menyambar mangsa dengan kuku.
(iv) Binatang perosak, kotor dan memudaratkan.

MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kita mestilah mencegah kemungkaran seperti hadis nabi iaitu:


عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قا ل : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك اضعف الايمان. رواه مسلم 

 Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.


1. Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan kepada Allah SWT, manusia atau alam sekitar.

 2. Cara-cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis di atas ialah:
(a) mencegah dengan tangan, iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti bapa bertanggungjawab terhadap anaknya;
(b) mencegah dengan lidah, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya, maka dia hendaklah mencegah dengan lisan, iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan;
(c) mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang berlaku. Cara ini merupakan selemah-lemah iman.

3. Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul:
 (a) dakwah Islam tidak akan berjaya;
 (b) maruah umat Islam akan tercemar.

 4. Hikmat mencegah kemungkaran:
 (a) melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan;
 (b) melahirkan masyarakat yang bersatu padu prihatin dan bertanggungjawab.

5.Pengajaran hadis:
 (a) mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing;
 (b) mencegah kemungkaran akan menjamin kehidupan yang sejahtera.

AL-QURAN DAN HADIS PADUAN HIDUP MUKMIN

Al-Quran ialah kitab yang diturun kan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Al-Quran  dan Hadislah yang menjadi paduan orang-orang mukmin.Seperti hadis iaitu:

عن أبى هـريرة رضى الله عنه عـن النبى صلى عـليه وسلـم قا ل : تركـت فيكـم امـرين لن تضلوا ما ان تمسـكـتم بهما: كتـاب الله وسنة نبيه.

 Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.


1. Al Quran dan hadis merupakan sumber hukum yang utama dalam Islam.

 2. Ajaran al Quran dan hadis adalah panduan hidup yang lengkap yang ditentukan oleh Allah SWT.

 3. Cara berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis:
(a) yakin dengan kebenaran dengan al Quran dan hadis;
(b) mempelajari dan memahami isi kandungannya;
(c) menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan hidup.

 4. Setiap muslim mestilah berusaha untuk memahami isi kandungan al Quran dan hadis dan beramal dengannya.

5. Antara kelebihan berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis ialah:
(a) sentiasa teguh imannya terhadap Allah SWT;
(b) memperolehi hidayat dan rahmat Allah SWT;
(c) dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

6. Orang yang menolak ajaran al Quran dan hadis akan menerima akibat buruk seperti:
(a) akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam;
(b) segala amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT;
(c) tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Hadis

Pengenalan Hadis..


1. Hadis pada bahasa ialah perkhabaran atau berita.

 2. Hadis menurut istilah ialah setiap apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

 3. Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al Quran.

4. Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat al Quran seperti penjelasan tentang ibadat solat
dan sebagainya.

5. Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu hadis Nabawi dan hadis Qudsi.

6. Hadis Nabawi ialah hadis yang lafaz dan maknanya daripada Rasulullah SAW. Ia merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW.

7. Hadis Qudsi ialah hadis yang lafaznya daripada nabi tetapi maknanya daripada Allah SWT. Ia merupakan wahyu Allah SWT yang diucapkan kembali oleh Rasulullah SAW.

8. Perbezaan antara al Quran dengan hadis:
 (a) al Quran: - lafaz dan makna daripada Allah SWT; - wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui Malaikat Jibril; - merupakan sumber hukum Islam yang pertama.
 (b) Hadis: - lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW; - perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW; - merupakan sumber hukum Islam yang kedua.

9. Perawi hadis bermaksud orang yang menerima dan menyampaikan hadis Rasulullah SAW.

10. Bagi menentukan kedudukan sesuatu hadis itu benar atau pun palsu, kita hendaklah mengetahui tentang syarat-syarat perawi hadis.

11. Antara syarat-syarat yang perlu ada kepada perawi hadis ialah:
(a) Islam;            c">(b) Baligh (cukup umur); 
(c) adil;              (d) dhabit (kuat ingatan);     (e) berhati-hati meriwayatkan hadis.


e;">